Wednesday, September 28, 2011

Untuk emak yang kusayang....

Semoga emak akan jadi kuat dan lebih kuat...

Semoga ayah akan menjadi semakin kuat...

Semoga Irah akan berubah agar mak dan ayah menjadi kuat...

Ya Rabb,
lindungilah keluargaku....

Friday, September 9, 2011

Stupidity

She got all of that.

I hate her.

Luckily, she is not my housemate anymore.


A crook like that, there's absolutely not regret although I lost her as her friend.

Ops, she never be my friend.

Emak saya sakit...

Kata emak saya, matanya sakit. Tersangat sakit. Terlampau sakit.

Dan paling melukakan, emak menangis kerana kesakitan semasa saya menghubungi.

Saya terasa sebak, dan sungguh pedih. Kasihan emak.

Kala saya sakit semasa kecil, emaklah yang bersusah payah memasakkan bubur, emak yang bersusah payah menjaga saya pada waktu malam, dan emak memastikan saya makan ubat.

Itu baru saya seorang, belum termasuk kesusahan emak menguruskan lima lagi adik-beradik saya semasa sakit. Ada yang masuk wad, ada yang menjalani pembedahan dan ada yang demam teruk.

Kali pertama, pada usia tujuh ke dua belas tahun, zaman saya menghidap asma yang teruk, ala-ala tahap kronik, emak dan ayahlah yang bersusah payah menjaga saya.

Emak tak benarkan saya menangis atau bergaduh, kalau tidak saya diserang asma.

Saya tak dibiarkan kesejukan atau diberi minum air sejuk, kalau tidak, hampir setiap malam saya masuk ke wad kecemasan untuk dipam.

Paling saya ingat, ayah selalu membawa saya berjalan-jalan, satu hari sewaktu berjalan di pasar tamu, saya benar-benar kelelahan, tak mampu bersuara, tak mampu berjalan, tak mampu memanggil ayah. Saya terduduk di tengah jalan, ayah sudah jauh ke depan, tidak sedar saya sudah ketinggalan. Apabila melihat saya terduduk, ayah berlari dan mengendong saya ke hospital. Itulah kenangan yang paling saya tidak lupakan, dan biarpun apa pun keadaaan sekarang, saya tetap sayangkan ayah kerana semua yang telah diberikan. Tidak kurang walau satu pun…
.
Dan emak, yang sentiasa bimbangkan nasib saya, benar-benar kesakitan saat saya sakit. Saya ingat, masa saya mula2 disahkan sakit teruk kali kedua tahun 2008 (bukan asma), emak benar-benar menjaga saya. Emak memastikan saya makan ubat, emak membawa saya bertemu doktor, emak yang bersusah payah memasak, dan mencari makanan agar saya berselera makan. Setiap malam, semasa saya tidur, emak akan membuka pintu dan melihat saya.

Dan hari ini, di kejauhan ini, saya bukan sahaja jauh, malah tidak dapat melihat keadaan mak dan ayah.

Jadi Ya Allah,
Peliharalah ibu bapaku seperti mana mereka memeliharaku sewaktu aku kecil.

Ya Allah,
Sembuhkanlah penyakit ibu bapaku dan janganlah kau turunkan dugaan kepada mereka saat akhir usia mereka. Biarkanlah aku yang merasai kesakitan tetapi jangan Kau menjauhi mereka dari nikmat-Mu. Telah banyak kesakitan yang mereka lalui, dan biarkan aku yang masih muda ini merasai kesukaran hidup, agar terhapus dosa-dosaku.

Ya Allah, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku sewaktu aku kecil. Panjangkanlah usia mereka dan peliharalah mereka dari azab api neraka.

Amin.


Emak,
Saya sangat menyayangimu…

Wednesday, September 7, 2011

Harapnya...

Status Mamat Sepah...

Sepah x dibubarkan...

Alhamduillah, harap benarlah itu. Tiada langung kenyataan Mamat. Sedang kenyataan Jepp pun mengejutkan Shuib.

Saya mula-mula minat Jepp tapi terfikir gak, dari mula sampai akhir ni, dia selalu cakap disiplin ahli Sepah makin kureng, kenapa tak rujuk diri sendiri?

Janganlah bersepah, Sepah... denganlah rayuan peminat anda...

Sunday, September 4, 2011

Bersepah-sepahlah Sepah...

Very frustated...

Hampa...

Kuciwa...

You're all very nice being together....


Nothing more...

Hanya hampa...

Monday, August 22, 2011

Ko mo saya sampaikankah?

Firstly, i am warning you.
Don't try me.

Ko buleh buat aper je pada saper2 je, even telinga aku pun sakit tapi watch your mouth. Don't ever try me.

Sudah ndak cukup ko menyakiti hati orang di sekelilingku sehingga semua berpecah belah, jangan ko berani-berani hendak menyentuh aku sikit pun ye. Ko harus ingat, selain banyaknya rahsia yang saya pegang, jangan lupa, kata-kata saya juga boleh membuatkan ko menangis.

SO DON'T TRY ME.

Cuba, kalau ko berani.

Sunday, August 14, 2011

Dejavu

Ibarat dejavu. Sakitnya Lulu pada buan Ramadhan, seperti Nami yang jatuh sakit pada bulan Ramadhan dua tahun lalu.

Cepatlah sembuh, Lulu...

Thursday, August 11, 2011

Yang tersayang...

Apakandayaku Lulu..
pedih hatiku melihat akan dikau,
biarpun kau seakan-akan tidak menderita,
tetapi kau terbaring di situ laksana lumpuh,
maafkan aku Lulu, kerana aku tiada berdaya,
alangkah parahnya hatiku melihat dikau,
aku rindu mendengar cakaran dan gerakan lincahmu...
Tapi kini kau terbujur di situ...

Maafkan aku, Lulu...

Thursday, August 4, 2011

Dia suka cikgu...

Sebenarnya, hal ini terjadi kemarin semasa sedang mengajar. Macam biasa, masuk ke kelas itu memerlukan kekuatan jiwa dan jiwa jangan kacau. Perangai setiap murid sebanyak 27 orang itu tidak sama. Ada yang nakal, agak nakal, sangat nakal dan memang nakal sangat. Kekadang kesabaran saya yang bukan seorang yang penyabar ini memang dicabar. Tetapi saya cuba kuatkan hati, agak jadilah penyabar. Ada dua tiga orang murid tidak bawa buku, mahu sepuluh kali dipujuk dipaksa diketuk supaya menulis di kertas kosong. Jika tidak hari ini, takkan tahun depan?
Sepanjang masa saya berjalan seperti seroang security menjaga murid-murid daripada dihasut oleh rakan-rakan yang bertopengkan manusia. Ada juga seorang dua tidak dapat saya kawal dan lemaslah dia dalam lautan kedunguan. Penat sudah saya berkata-kata, memanggil-manggil, menjerit-jerit. Biarlah saya berehat dahulu. Tiba di satu meja.
"Mana buku, tidak bawa buku!"
"Tiada ka saya hantar? Saya lupalah tu."
Sebenarnya, alasannya panjang dan bertubi-tubi pertanyaan saya kepada budak lelaki itu ke mana pergi bukunya. Sengaja saya ringkaskan kerana pada saya, ITU SEMUA ALASAN. Tiba-tiba seorang gadis memanggi, "Cikgu, cikgu... Czy cakap kan..." Dia ditepuk kawannya yang bernama Czy itu. Tidak dia peduli. "Czy cakapkan, dia suka cikgu."
Terpana saya. Murid-murid yang lain di sekeliling tersenyum. Czy kelihatan malu-malu. Saya juga jadi malu dan pelik. Betapa garangnya saya ini pada saya sendiri. "Punyalah garang cikgu ni."
"Dia cakap kan, cikgu baik."
Sahut seorang budak lelaki.

Poin saya di sini, saya sebenarnya seorang yang garang, terlalu mengikut peraturan, takut melanggar peraturan, takut membuat kesalahan. Takut jika membuat satu kesilapan yang boleh meranapkan seratus perkara yang saya buat dengan betul.

Tapi dia bukan orang pertama berkata begitu. Ada dua orang murid lagi. Seorang mengatakan bahawa saya ada dua muka. Di dalam kelas, sesi serius dan tiada main-main. Dan di luar, ada tawa dan gelaknya. Seorang lain mengatakan, bahawa saya seorang yang inginkan semua sempurna, nampak tegas, tetapi berhati lembut.

Yang kedua saya percaya, kerana saya tahu, hati saya mudah rapuh. Mudah kasihan, mudah simpati. Biarpun seteruk mana saya marah, akan ada kasihan datang.

Saya terima penghargaan itu, terima kasih wahai murid.

Ya Allah, jadikanlah saya insan yang lebih sabar dan penyabar.

Tuesday, August 2, 2011

Hancur

It's been a long time i guess since my last entry, and hopefully i can get a nice story about my fav group online today. But then, i shocked me inside to read this kind of news. SEPAH UCAP SELAMAT TINGGA.

Thanks, Sepah. Thank you so much because you really hurt all of us. I just wanna start crying, but it just wasted. I didnt get nothing. Maybe it;s true, that they much better to go on with their on way, lagipun susah nak tengok dorang bertiga.

But, deep inside, i wish and i pray that after this news spreading to others, producer or watver they are, akan ambik dorang bertiga bersama-sama. SEPAH molek bertiga. Jangan bimbang Sepah, akan ada satu hari rezeki untuk kalian bertiga. Kalian memang molek bertiga. Amin...

Friday, July 29, 2011

Suatu kejayaan

Buat pertama kalinya Minggu Bahasa Malaysia dilangsungkan dan perasaan yang boleh digambarkan tidak dapat digambarkan. Rasa harap-harap semua dapat berjalan lancer dan Alhamdullilah, tamatlah sudah minggu yang terasa begitu cepatnya berlalu. Memang seronok rasanya biarpun ada kekurangan dan kepincangan, namun sekurang-kurangnya pengalaman boleh memberi pengajaran. Dan seperti sudah dijangka di hati, anak-anak murid itu berjaya dengan lakonan mereka, melihat usaha mereka pun saya sudah tahu, bangga namun kerana saya tahu mereka boleh, mereka bukanlah yang saya risaukan. Dalam fikiran saya sentiasa kelas saya yang kedua itu, betapa mereka perlu ditolong dan dipantau. Saya berdoa agar mereka dapat melakukannya. Dan mereka juga menurut seperti apa yang dikatakan. Paling penting, pesanan saya, “Jangan cari mikrofon. Kalau tiada mikrofon, teriak sahaja. Kuat-kuat. Itu baru menampakkan perpaduan.”

Paling penting, isi fikiran saya tidak dapat dijangkau oleh sesiapa pun, biarpun mungkin orang tidak faham, tidak apa, kerana untuk menjawab soalan ini, memerlukan fikiran yang tinggi. Da n bukankah itu tujuan saya agar soalan teka teki ini tidak berjawab?

Berjayalah saya.

Wednesday, July 27, 2011

Tercapai

Kelmarin, terasa tidak puas hati saya kala soalan saya yang begitu payah saya fikirkan, berjaya dijaya tidak sampai satu minit oleh seorang budak kecik je. Sedangkan sudah saya tanyakan kepada beberapa orang guru dan orang dewasa, tidak terjawab gamaknye. Jadi, apakah budak sekecik itu berjaya membaca fikiran saya, kerana untuk menjawab soalan ini, memerlukan ketajaman minda dan tidak mudah tertipu.
Justeru, untuk menebus kekecewaan itu saya telah berjaya, berjaya menyiapkan beberapa soalan teka-teki yang saya kira agak sukar dan soalan KILLER dan hanya terjawab jika anda berjaya menembusi fikiran saya.

Soalan yang berjaya dijawab oleh budak kecik itu:

Apakah benda yang mempunyai pintu tetapi tidak guna dimasuki orang, ada jaring,tapi tidak dapat menangkap ikan?


Okey, soalan hari ini yang telah mencetuskan fenomena dan terpaksa dibawa sehingga ke hari seterusnya:

Hidup di air, mati di darat, tanpanya pupuslah ikan.



Dapatkah anda menjawabnya?

Tuesday, July 26, 2011

Apakah....

Apakah agaknya yang akan terjadi pada hari ini?
Apakah agaknya yang akan terjadi pada esok hari?
Apakah saya mampu bersabar pada hari ini?
Apakah saya mampu menjadi lebih baik hari ini?
Apakah yang akan saya lakukan hari ini?

Monday, July 25, 2011

Terhakis...

Bukankah hari ini mood masih dalam keadaan gembira? Sepatutnya begitu.

Namun, kegembiraan terhakis dengan kekurang ajaran budak itu. Tanpa disedari, sebegitu kuat tengkingan suara yang terpendam.

Ya Allah! Jadikanlah aku hambamu yang sabar, yang mampu bersabar... Aku ingin menjadi sabar...

Tidak bermaksud langsung untuk saya mengeluarkan suara sedemikian. Tapi agaknya sikapnya yang sudah lama saya perhatikan seakan mencabar saya. Saat ditanya, "Sudah tahu di situ sesak, kenapa tidak pusing di sini, lalu dekat cikgu?"

Jawabnya tanpa rasa bersalah , "Cikgu ada di situ."

Tapi pelik, seorang budak lelaki yang saya marahi tadi tiada pula bersuara, kenapa anak perempuan yang baru masuk bersekolah di sini begitu lantang menjawab?

"Apa cikgu batu?"

TAHU APA JAWAPANNYA?

"Nanti cikgu hentam saya."

Hahaha! Rupa-rupanya tahu juga dia takut pada saya. Bila melawam bukan main, paling saya ingin, minggu lalu pada hari Jumaat, saya menegur kawannya kerana mengeluarkan buku lain, kata saya, "V, itu buku apa? Buku moral pendek ja!" Budak bernama V itu diam tersengeh-sengeh. Kawan-kawan di sekelilingnya hanya melihatnya. Tiba-tiba, budak kurang ajarr itu, tanpa angin tanpa ribut,bersuara:

"Apa oo cikgu!! Kau yang fotostat buku ni panjang. Jadi panjanglah!"

Tergamam saya dan tergamam murid-murid yang lain. Dia dengan muka kurang ajar memegang buku sambil membuat benda lain.

"Lain kali, agak-agak sikit kalau menyampuk."

Dia tidak faham, terus lagi dia membebel marah-marah. Kawan-kawannya sudah mentertawakannya. Akhirnya barulah dia faham bahawa saya tidak bercakap dengannya. Dan yakinlah saya, dia memang tidak menyukai saya.

Tapi itu cerita hari Jumaat, hari ini, saya sudah cukup panas apatah lagi projektor tidak dapat dibuka. Saya tutup komputer, dan diam sendiri. Akhirnya, budak itu bersuara meminta maaf.
Pada saya sebenarnya, ucapan maaf itu sudah cukup untuk menyejukkanm hati saya di kala saya sedang duduk, sedangkan saya juga rasa kecewa kerana memarahinya sedangkan saya sudah cuba bertahan untuk mengawal kemarahan.

Pengajarannya:
Berfikir secara rasional. Jagalah hati orang lain, jagalah hati murid, agar murid dapat menjaga hati kita. Mungkin saya gagal untuk membolehkan dia menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura kerana ini memang saya. DIA, bukanlah orang pertama yang begitu ANTI dengan saya. Sebelumnya, saya sudah berkenaan dengan TIGA orang murid yang BEGITU BENCI pada saya pada mulanya, malah ada yang tidak saya ajar, begitu membenci saya, dan ada kalanya saya memerlukan masa berbulan-bulan untuk bersabar dengan sikap anti mereka. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dekatlah mereka dengan saya, dan menjadi manja dan mesra seperti apa yang dibenci sudah terhakis begitu sahaja.. Opss.. makan masa juga....

Sunday, July 24, 2011

Yahoo!!!

Hari ni, tiada istilah yang boleh digambarkan dengan kata-kata. Cuma tiga.


Air Terjun. Gembira.

Saturday, July 23, 2011

Betapa cepatnya balasan Tuhan

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.


Jalan yang sempit yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran
Wahai manusia
Hidup kita di dunia ini
Jangan kita lupa
Pada dugaan dunia
Hidup ini
Hanyalah sementara waktu…


Begitulah antara petikan lirik nasyid yang kira-kira masih bersisa dalam ingatan saya. Dan hari ini, keyakinan saya pada Yang Satu semakin kuat sekalipun saya sedar bahawa saya tetap manusia yang alpa dan mudah lupa dengan nikmatnya.

Saya panaskan enjin seperti biasa cuma lupa hendak meminta Siti alihkan keretanya dahulu, tapi tak apa sebab dia pun kelambatan, biarlah saya tunggu sebentar tambah-tambah hari ini saya tidak perlu bertugas di depan. Sewaktu keluar, kelihatan Mr Lu berjalan dengan payahnya, walaupun saya fikir hendak singgah membeli makanan, tapi tak apalah, apa salah saya berhenti ambik Mr Lu sedangkan arah tuju kami sama. Berborak dengan Mr Lu di kereta, sehingga tiba di sekolah. Saya lihat tempat parkin di tepi tangga masih kosong, baik agaknya saya ke sana, tambah-tambah kesian Mr Lu, tapi saya batalkan niat fikir baik saya parkin je sebelah Siti, lagipun tak berapa jauh. Dan tak semena-mena, kereta pelesit itu memecut di hadapan saya macam pelesit dan masuk ke tempat yang mula-mula dalam fikiran saya. Entah apa yang saya borakkan pun saya lupa. Tapi yang pasti, kalau bukan sebab ada Mr Lu, sayadah turun tempeleng pelesit itu. Tak guna, apa tak belajar undang-undang? Dapat lesen terbang? Begitu ramai orang boleh saksikan kedunguan si orang tua itu, bersilang di hadapan saya. Begitu payah kami pusing bulatan, boleh dia lawan arah bulatan semata-mata hendak dapatkan parkin biasa dia? Hei perempuan tua! Saya tak inginlah! Orang potong bulatan kalau nak parkin di bahagian jauh, ini kalau bukan saya brek, kita bertembung tau! Tak guna!

Takpa, saya cuba bersabar, ada Mr Lu, tapi tak saya sedar, saya hempas pintu agak kuat. Lepas Mr Lu beredar, saya Tanya Sahabat serumah nampak tak? Habis saya membebel sampai ke atas, perkataan bodoh semua keluar. Geram. Geram!!! Masuk bilik guru, rasa nak hentam kepala dungunya. Beg laptop saya letak dengan kasar, kunci tanpa saya sedar, saya hempas, tergamam Ar dan N. Oh, syaitan sedang merajai diri! Saya ambik kertas, lukis pelan kedajalan dajal itu pada N, bergegar-gegar saya beritahu apa yang terjadi. Ntah apa saya katakana, tapi ada doa saya sempat minta Allah tunjukkan balasan. N kata, “Mo kena dia satu kali kemalangan tu, baru tahu.” Lebih kurang begitu tanpa tokok tambah yang melebih-lebih. Kegeraman saya sangat geram, separuh air botol saya minum, sambil menarik nafas, memujuk hati, alamak saya lupa beristighfar!
Tapi, bayangkan kuasa Tuhan, tak sampai empat jam, dia dapat balasan. Entahla di mana dia kena, tapi yang penting, dia accident, walaupun calar kecil, tapi cukup saya percaya, Allah mendengar doa orang teraniaya. Patutlah dia cuba mengelak masa saya lalu depannya time dia dok kalut tengok keretanya dengan Zaliah. Patutlah dia elak nak ke depan masa saya limpas tapi seorang budak pula menegur, “ Kena kereta cikgu?” Dia sendiri beritahu accident, wah!! Cepat balasannya! Dalam pukul 11 begitu!!!


Betul juga kata N, kadang-kadang kita perlu bersuara supaya dia tahu kita tidak takut pada dia.