Friday, July 29, 2011

Suatu kejayaan

Buat pertama kalinya Minggu Bahasa Malaysia dilangsungkan dan perasaan yang boleh digambarkan tidak dapat digambarkan. Rasa harap-harap semua dapat berjalan lancer dan Alhamdullilah, tamatlah sudah minggu yang terasa begitu cepatnya berlalu. Memang seronok rasanya biarpun ada kekurangan dan kepincangan, namun sekurang-kurangnya pengalaman boleh memberi pengajaran. Dan seperti sudah dijangka di hati, anak-anak murid itu berjaya dengan lakonan mereka, melihat usaha mereka pun saya sudah tahu, bangga namun kerana saya tahu mereka boleh, mereka bukanlah yang saya risaukan. Dalam fikiran saya sentiasa kelas saya yang kedua itu, betapa mereka perlu ditolong dan dipantau. Saya berdoa agar mereka dapat melakukannya. Dan mereka juga menurut seperti apa yang dikatakan. Paling penting, pesanan saya, “Jangan cari mikrofon. Kalau tiada mikrofon, teriak sahaja. Kuat-kuat. Itu baru menampakkan perpaduan.”

Paling penting, isi fikiran saya tidak dapat dijangkau oleh sesiapa pun, biarpun mungkin orang tidak faham, tidak apa, kerana untuk menjawab soalan ini, memerlukan fikiran yang tinggi. Da n bukankah itu tujuan saya agar soalan teka teki ini tidak berjawab?

Berjayalah saya.

Wednesday, July 27, 2011

Tercapai

Kelmarin, terasa tidak puas hati saya kala soalan saya yang begitu payah saya fikirkan, berjaya dijaya tidak sampai satu minit oleh seorang budak kecik je. Sedangkan sudah saya tanyakan kepada beberapa orang guru dan orang dewasa, tidak terjawab gamaknye. Jadi, apakah budak sekecik itu berjaya membaca fikiran saya, kerana untuk menjawab soalan ini, memerlukan ketajaman minda dan tidak mudah tertipu.
Justeru, untuk menebus kekecewaan itu saya telah berjaya, berjaya menyiapkan beberapa soalan teka-teki yang saya kira agak sukar dan soalan KILLER dan hanya terjawab jika anda berjaya menembusi fikiran saya.

Soalan yang berjaya dijawab oleh budak kecik itu:

Apakah benda yang mempunyai pintu tetapi tidak guna dimasuki orang, ada jaring,tapi tidak dapat menangkap ikan?


Okey, soalan hari ini yang telah mencetuskan fenomena dan terpaksa dibawa sehingga ke hari seterusnya:

Hidup di air, mati di darat, tanpanya pupuslah ikan.



Dapatkah anda menjawabnya?

Tuesday, July 26, 2011

Apakah....

Apakah agaknya yang akan terjadi pada hari ini?
Apakah agaknya yang akan terjadi pada esok hari?
Apakah saya mampu bersabar pada hari ini?
Apakah saya mampu menjadi lebih baik hari ini?
Apakah yang akan saya lakukan hari ini?

Monday, July 25, 2011

Terhakis...

Bukankah hari ini mood masih dalam keadaan gembira? Sepatutnya begitu.

Namun, kegembiraan terhakis dengan kekurang ajaran budak itu. Tanpa disedari, sebegitu kuat tengkingan suara yang terpendam.

Ya Allah! Jadikanlah aku hambamu yang sabar, yang mampu bersabar... Aku ingin menjadi sabar...

Tidak bermaksud langsung untuk saya mengeluarkan suara sedemikian. Tapi agaknya sikapnya yang sudah lama saya perhatikan seakan mencabar saya. Saat ditanya, "Sudah tahu di situ sesak, kenapa tidak pusing di sini, lalu dekat cikgu?"

Jawabnya tanpa rasa bersalah , "Cikgu ada di situ."

Tapi pelik, seorang budak lelaki yang saya marahi tadi tiada pula bersuara, kenapa anak perempuan yang baru masuk bersekolah di sini begitu lantang menjawab?

"Apa cikgu batu?"

TAHU APA JAWAPANNYA?

"Nanti cikgu hentam saya."

Hahaha! Rupa-rupanya tahu juga dia takut pada saya. Bila melawam bukan main, paling saya ingin, minggu lalu pada hari Jumaat, saya menegur kawannya kerana mengeluarkan buku lain, kata saya, "V, itu buku apa? Buku moral pendek ja!" Budak bernama V itu diam tersengeh-sengeh. Kawan-kawan di sekelilingnya hanya melihatnya. Tiba-tiba, budak kurang ajarr itu, tanpa angin tanpa ribut,bersuara:

"Apa oo cikgu!! Kau yang fotostat buku ni panjang. Jadi panjanglah!"

Tergamam saya dan tergamam murid-murid yang lain. Dia dengan muka kurang ajar memegang buku sambil membuat benda lain.

"Lain kali, agak-agak sikit kalau menyampuk."

Dia tidak faham, terus lagi dia membebel marah-marah. Kawan-kawannya sudah mentertawakannya. Akhirnya barulah dia faham bahawa saya tidak bercakap dengannya. Dan yakinlah saya, dia memang tidak menyukai saya.

Tapi itu cerita hari Jumaat, hari ini, saya sudah cukup panas apatah lagi projektor tidak dapat dibuka. Saya tutup komputer, dan diam sendiri. Akhirnya, budak itu bersuara meminta maaf.
Pada saya sebenarnya, ucapan maaf itu sudah cukup untuk menyejukkanm hati saya di kala saya sedang duduk, sedangkan saya juga rasa kecewa kerana memarahinya sedangkan saya sudah cuba bertahan untuk mengawal kemarahan.

Pengajarannya:
Berfikir secara rasional. Jagalah hati orang lain, jagalah hati murid, agar murid dapat menjaga hati kita. Mungkin saya gagal untuk membolehkan dia menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura kerana ini memang saya. DIA, bukanlah orang pertama yang begitu ANTI dengan saya. Sebelumnya, saya sudah berkenaan dengan TIGA orang murid yang BEGITU BENCI pada saya pada mulanya, malah ada yang tidak saya ajar, begitu membenci saya, dan ada kalanya saya memerlukan masa berbulan-bulan untuk bersabar dengan sikap anti mereka. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dekatlah mereka dengan saya, dan menjadi manja dan mesra seperti apa yang dibenci sudah terhakis begitu sahaja.. Opss.. makan masa juga....

Sunday, July 24, 2011

Yahoo!!!

Hari ni, tiada istilah yang boleh digambarkan dengan kata-kata. Cuma tiga.


Air Terjun. Gembira.

Saturday, July 23, 2011

Betapa cepatnya balasan Tuhan

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.


Jalan yang sempit yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran
Wahai manusia
Hidup kita di dunia ini
Jangan kita lupa
Pada dugaan dunia
Hidup ini
Hanyalah sementara waktu…


Begitulah antara petikan lirik nasyid yang kira-kira masih bersisa dalam ingatan saya. Dan hari ini, keyakinan saya pada Yang Satu semakin kuat sekalipun saya sedar bahawa saya tetap manusia yang alpa dan mudah lupa dengan nikmatnya.

Saya panaskan enjin seperti biasa cuma lupa hendak meminta Siti alihkan keretanya dahulu, tapi tak apa sebab dia pun kelambatan, biarlah saya tunggu sebentar tambah-tambah hari ini saya tidak perlu bertugas di depan. Sewaktu keluar, kelihatan Mr Lu berjalan dengan payahnya, walaupun saya fikir hendak singgah membeli makanan, tapi tak apalah, apa salah saya berhenti ambik Mr Lu sedangkan arah tuju kami sama. Berborak dengan Mr Lu di kereta, sehingga tiba di sekolah. Saya lihat tempat parkin di tepi tangga masih kosong, baik agaknya saya ke sana, tambah-tambah kesian Mr Lu, tapi saya batalkan niat fikir baik saya parkin je sebelah Siti, lagipun tak berapa jauh. Dan tak semena-mena, kereta pelesit itu memecut di hadapan saya macam pelesit dan masuk ke tempat yang mula-mula dalam fikiran saya. Entah apa yang saya borakkan pun saya lupa. Tapi yang pasti, kalau bukan sebab ada Mr Lu, sayadah turun tempeleng pelesit itu. Tak guna, apa tak belajar undang-undang? Dapat lesen terbang? Begitu ramai orang boleh saksikan kedunguan si orang tua itu, bersilang di hadapan saya. Begitu payah kami pusing bulatan, boleh dia lawan arah bulatan semata-mata hendak dapatkan parkin biasa dia? Hei perempuan tua! Saya tak inginlah! Orang potong bulatan kalau nak parkin di bahagian jauh, ini kalau bukan saya brek, kita bertembung tau! Tak guna!

Takpa, saya cuba bersabar, ada Mr Lu, tapi tak saya sedar, saya hempas pintu agak kuat. Lepas Mr Lu beredar, saya Tanya Sahabat serumah nampak tak? Habis saya membebel sampai ke atas, perkataan bodoh semua keluar. Geram. Geram!!! Masuk bilik guru, rasa nak hentam kepala dungunya. Beg laptop saya letak dengan kasar, kunci tanpa saya sedar, saya hempas, tergamam Ar dan N. Oh, syaitan sedang merajai diri! Saya ambik kertas, lukis pelan kedajalan dajal itu pada N, bergegar-gegar saya beritahu apa yang terjadi. Ntah apa saya katakana, tapi ada doa saya sempat minta Allah tunjukkan balasan. N kata, “Mo kena dia satu kali kemalangan tu, baru tahu.” Lebih kurang begitu tanpa tokok tambah yang melebih-lebih. Kegeraman saya sangat geram, separuh air botol saya minum, sambil menarik nafas, memujuk hati, alamak saya lupa beristighfar!
Tapi, bayangkan kuasa Tuhan, tak sampai empat jam, dia dapat balasan. Entahla di mana dia kena, tapi yang penting, dia accident, walaupun calar kecil, tapi cukup saya percaya, Allah mendengar doa orang teraniaya. Patutlah dia cuba mengelak masa saya lalu depannya time dia dok kalut tengok keretanya dengan Zaliah. Patutlah dia elak nak ke depan masa saya limpas tapi seorang budak pula menegur, “ Kena kereta cikgu?” Dia sendiri beritahu accident, wah!! Cepat balasannya! Dalam pukul 11 begitu!!!


Betul juga kata N, kadang-kadang kita perlu bersuara supaya dia tahu kita tidak takut pada dia.