Buat pertama kalinya Minggu Bahasa Malaysia dilangsungkan dan perasaan yang boleh digambarkan tidak dapat digambarkan. Rasa harap-harap semua dapat berjalan lancer dan Alhamdullilah, tamatlah sudah minggu yang terasa begitu cepatnya berlalu. Memang seronok rasanya biarpun ada kekurangan dan kepincangan, namun sekurang-kurangnya pengalaman boleh memberi pengajaran. Dan seperti sudah dijangka di hati, anak-anak murid itu berjaya dengan lakonan mereka, melihat usaha mereka pun saya sudah tahu, bangga namun kerana saya tahu mereka boleh, mereka bukanlah yang saya risaukan. Dalam fikiran saya sentiasa kelas saya yang kedua itu, betapa mereka perlu ditolong dan dipantau. Saya berdoa agar mereka dapat melakukannya. Dan mereka juga menurut seperti apa yang dikatakan. Paling penting, pesanan saya, “Jangan cari mikrofon. Kalau tiada mikrofon, teriak sahaja. Kuat-kuat. Itu baru menampakkan perpaduan.”
Paling penting, isi fikiran saya tidak dapat dijangkau oleh sesiapa pun, biarpun mungkin orang tidak faham, tidak apa, kerana untuk menjawab soalan ini, memerlukan fikiran yang tinggi. Da n bukankah itu tujuan saya agar soalan teka teki ini tidak berjawab?
Berjayalah saya.
No comments:
Post a Comment