Bukankah hari ini mood masih dalam keadaan gembira? Sepatutnya begitu.
Namun, kegembiraan terhakis dengan kekurang ajaran budak itu. Tanpa disedari, sebegitu kuat tengkingan suara yang terpendam.
Ya Allah! Jadikanlah aku hambamu yang sabar, yang mampu bersabar... Aku ingin menjadi sabar...
Tidak bermaksud langsung untuk saya mengeluarkan suara sedemikian. Tapi agaknya sikapnya yang sudah lama saya perhatikan seakan mencabar saya. Saat ditanya, "Sudah tahu di situ sesak, kenapa tidak pusing di sini, lalu dekat cikgu?"
Jawabnya tanpa rasa bersalah , "Cikgu ada di situ."
Tapi pelik, seorang budak lelaki yang saya marahi tadi tiada pula bersuara, kenapa anak perempuan yang baru masuk bersekolah di sini begitu lantang menjawab?
"Apa cikgu batu?"
TAHU APA JAWAPANNYA?
"Nanti cikgu hentam saya."
Hahaha! Rupa-rupanya tahu juga dia takut pada saya. Bila melawam bukan main, paling saya ingin, minggu lalu pada hari Jumaat, saya menegur kawannya kerana mengeluarkan buku lain, kata saya, "V, itu buku apa? Buku moral pendek ja!" Budak bernama V itu diam tersengeh-sengeh. Kawan-kawan di sekelilingnya hanya melihatnya. Tiba-tiba, budak kurang ajarr itu, tanpa angin tanpa ribut,bersuara:
"Apa oo cikgu!! Kau yang fotostat buku ni panjang. Jadi panjanglah!"
Tergamam saya dan tergamam murid-murid yang lain. Dia dengan muka kurang ajar memegang buku sambil membuat benda lain.
"Lain kali, agak-agak sikit kalau menyampuk."
Dia tidak faham, terus lagi dia membebel marah-marah. Kawan-kawannya sudah mentertawakannya. Akhirnya barulah dia faham bahawa saya tidak bercakap dengannya. Dan yakinlah saya, dia memang tidak menyukai saya.
Tapi itu cerita hari Jumaat, hari ini, saya sudah cukup panas apatah lagi projektor tidak dapat dibuka. Saya tutup komputer, dan diam sendiri. Akhirnya, budak itu bersuara meminta maaf.
Pada saya sebenarnya, ucapan maaf itu sudah cukup untuk menyejukkanm hati saya di kala saya sedang duduk, sedangkan saya juga rasa kecewa kerana memarahinya sedangkan saya sudah cuba bertahan untuk mengawal kemarahan.
Pengajarannya:
Berfikir secara rasional. Jagalah hati orang lain, jagalah hati murid, agar murid dapat menjaga hati kita. Mungkin saya gagal untuk membolehkan dia menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura kerana ini memang saya. DIA, bukanlah orang pertama yang begitu ANTI dengan saya. Sebelumnya, saya sudah berkenaan dengan TIGA orang murid yang BEGITU BENCI pada saya pada mulanya, malah ada yang tidak saya ajar, begitu membenci saya, dan ada kalanya saya memerlukan masa berbulan-bulan untuk bersabar dengan sikap anti mereka. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dekatlah mereka dengan saya, dan menjadi manja dan mesra seperti apa yang dibenci sudah terhakis begitu sahaja.. Opss.. makan masa juga....
No comments:
Post a Comment